|
|
Berat badan membingungkan anda? Diharap fakta berikut dapat membantu
anda.
- Turunkan berat perlahan-lahan
- Semua wanita yang berdiet mahu menurunkan berat
badan dengan segera. Hakikatnya penurunan berat badan
secara mendadak adalah dianggap satu kegagalan dalam
percubaan menurunkan berat badan.Mengapa? Menurut pakar
diet dan pemakanan, mereka yang menurunkan berat badan
lebih dari setengah kilogram dalam satu minggu, akan
kehilangan lebih banyak otot dan air yang disusuli
dengan kenaikan berat badan semula yang tidak dapat
dielakkan.Penurunan berat badan seharusnya berlaku
dengan perlahan dan berperingkat.Pada tingkat
permulaan,lemak berkurangan diikuti oleh otot dan
air.Setelah lebih 2 minggu, penurunan berat dari otot
dan air akan berkurangan. Minggu ke-3 dan 5, anda akan
rasakan adanya sedikit tambahan berat badan air dan otot
sehinggalah mengalami apa yang disebut sebagai
'plateau', iaitu berat badan yang tidak turun dan tidak
juga naik. Amalkan lagi diet dan senaman yang akan
dilakukan setelah masuk minggu ke-12 barulah dapat anda
rasakan perugahan penurunan.
- Sarapan pagi
yang bagus
- Kajian mendapati sarapan pagi yang berserat tinggi
seperti empingan jagung dan oat mampu mengelak
pengambilan makanan secara berlebihan setiap hari. Ini
bermakna, mereka yang mengamalkan sarapan sebegini akan
berjaya menurunkan berat badan mereka. Selain itu,
kandungan vitamin c dan zat besi dalam bijirin sangat
baik untuk kesihatan jantung.
- Sihat dengan soya
- Kebanyakan doktor hari ini masih berpendapat bahawa
soya merupakan salah satu makanan yang penting untuk
diet yang sihat. Soya didapati boleh menghindari
penyakit jantung dan sangat baik untuk kekuatan tulang.
Anda boleh mendapati khasiat protein soya dengan
mengambil makanan berasaskannya seperti susu kacang soya,
tauhu, tempe, dan kicap. 'The American Heart
Association' mencadangkan supaya mengambil 25 gram
protein soya setiap hari kecuali mereka yang sedang
hamil, merancang kehamilan, mempunyai kanser payudara
atau mempunyai saudara mara terdekat yang menderitai
kanser tersebut.

- Keperluan Protin
- Tubuh kita memerlukan 30 gram protein dalam sehari.
Daging dan susu serta produk yang berasaskannya sangat
tinggi kandungan proteinnya tetapi tinggi pula kandungan
sodium dan lemakny. Buah-buahan dan sayur-sayuran
tertentu juga ada yang mengandungi protein tetapi dalam
kuantiti yang kecil. Bijirin dan kekacang boleh membantu
anda memenuhi keperluan prorein untuk tubuh.
- Terlebih makan? Hentikan!
- Anda bimbangkan berat badan yang meningkat. Tetapi
anda sukar mengelakkan daripada makan secara berlebihan.
Enam cara mudah ini akan membantu.
|
|
|