


|
|
Kenali hobi saya, saya suka meluangkan masa saya dengan
aktiviti yang berfaedah dan menguntungkan untuk keluarga saya.
- Membaca - Saya amat suka mengisi masa lapang saya
dengan membaca pelbagai jenis bahan bacaan. Saya telah
menyediakan satu ruangan iaitu library yang menyimpan
pelbagai koleksi bahan bacaan. Antara bahan bacaan yang
terdapat dalam koleksi simpanan saya ialah sains fiction,
encyclopedia,buku-buku agama,kitab-kitab,buku isu-isu semasa
dan sebagainya. Sila klik halaman kegemaran membaca
saya.
- Memasak - Memasak merupakan tugas paling saya
gemari, kerana saya suka melihat suami dan anak-anak saya
menikmati hasil masakan saya.Hilang rasa penat, selain itu
juga saya sedar setinggi manapun kerjaya saya, tugas melayan
suami dan anak-anak iaitu menjaga makan pakainya merupakan
satu tanggungjawab utama saya sebai seorang isteri dan juga
ibu keoada anak-anak saya.Selalunya saya akan memastikan
keluarga saya mendapat pemakanan yang seimbang. Masakan
walaupun ringkas mana yang penting ialah mestilah segar dan
berkhasiat. Sila klik halaman kegemaran memasak saya.
|
|